Jul 20, 2012

Cuaca

Kebelakangan ni semua orang tahu cuaca sangat-sangat tak menentu. Bila tiba tengah hari, kepanasan yang dirasakan memang buat semua orang mengeluh. Nak-nak orang mcm aku yang selalu habis kelas tgh hari, nak pergi ke tempat parkir kereta adalah satu tindakan yang paling dibenci. Tu dah satu hal, masuk kereta, arghhh, bahang dia, tuhan saja tahu. Dan kat sini buat aku fikir, tuhan juga yang tahu betapa bahangnya api neraka nk dibandingkan dgn bahang dunia. Insaf kejap... Berbalik kepada topik. Jadi bila suhu kepanasan tu dah  serupa padang pasir sahara, ramai akan cakap, panas macamni jemur kain cepat kering. So balik rumah ramai-ramai pakat basuh baju jemur kain. Tengah syok menjemur kain, dengan tak semena mena cuaca yang cerah menjadi mendung, gelap, matahari dilitupi awan hitam. Tidak sampai 1 minit, hujan turun dengan lebatnya. Begitulah gambarannya, senang cakap pagi cerah, petang hujan, dan kadang pagi hujan petang cerah, tak menentu. Mungkin ada maksud disebalik semua ini. Sekian, selamat malam.







Bulan Ramadan menjelang lagi

Ya betul, ramadan datang lagi, pejam celik mata, tak lama rasanya, sedar tak sedar, umur pun dh bertambah juga. Kita patut bersyukur sebab masih diberi peluang untuk berpuasa lagi tahun ini. Aku berharap sangat dapat puasa penuh kali ni. Tahun lepas jujur sejujurnya aku ada ponteng, tp tak ingat berapa hari, yang penting tak lebih seminggu, kira aku layak lagi menyambut raya untuk tahun sudah, huahua. Aku tahu takda sapa baca apa aku tulis ni, tapi aku peduli apa, aku tengah bosan, sekian.